Notis pembubaran sah - Ahmad Faizal - Utusan Malaysia

Notis pembubaran sah – Ahmad Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 19 Feb. – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembubaran beberapa jawatankuasa bahagian parti itu di negeri ini adalah sah.

Menurutnya, keputusan pembubaran tersebut dibuat dalam mesyuarat tertinggi parti itu yang diputuskan secara bersama.

“Saya turut hadir dalam mesyuarat pimpinan tertinggi parti yang membubarkan beberapa jawatankuasa bahagian di Perak dan ialah adalah keputusan bersama, bukan keputusan satu dua orang,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis memperkenalkan model bisnes baharu taman tema animasi Movie Animation Park Studios (MAPS) di Bandar Meru Raya di sini hari ini.

Mengenai beberapa ketua bahagian yang enggan menerima pembubaran tersebut, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar berkata, ia terpulang kepada mereka yang terlibat.

Katanya, beliau tidak boleh berbuat apa-apa namun parti akan bergerak dengan kapasiti yang ada.

“Parti belum melalui proses pemilihan, jadi buat masa ini semua ketua bahagian, termasuk saya adalah lantikan daripada kepimpinan pusat,” katanya.

Mengenai desakan oleh beberapa ketua bahagian supaya beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu Perak, Ahmad Faizal berkata, beliau agak sedih kerana desakan itu dibuat oleh ‘kawan-kawan’.

“Tapi saya tak tertekan. Saya ni kerap orang suruh letak jawatan, daripada mula-mula jadi Pengerusi Bersatu negeri lagi, jadi dah biasa.

“Namun fokus saya kekal untuk menjalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin. Saya bukan orang sempurna tapi saya yakin kepada mereka yang mendokong semangat perjuangan parti akan membantu saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×