Norhizam perjelas gambar tular berseluar pendek - Utusan Malaysia

Norhizam perjelas gambar tular berseluar pendek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 4 Feb. – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee hari ini menjelaskan mengenai gambar beliau yang tular dalam keadaan memakai pakaian dianggap tidak sopan pada satu majlis sambutan menjelang Tahun Baharu Cina di bandar raya ini semalam.

Menurut Norhizam, apa yang berlaku adalah beliau ketika itu dalam keadaan santai dan berada di kawasan Jonker Street di sini kira-kira pukul 7 pagi semalam untuk bertemu dengan rakan dan secara kebetulan berlangsung majlis perasmian tarian naga sempena Tahun Baharu Cina di kawasan pelancongan itu.

“Saya berada di sana pukul 7 pagi untuk bertemu rakan dan sahabat handai saya di kawasan jualan pasar pagi pada hari Ahad dan kebetulan ada program tarian naga yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong.

“YB Chee Leong nampak kehadiran saya dan mengajak saya untuk turut serta dalam program itu walaupun pada mulanya saya menolak kerana memakai pakaian yang agak tidak sesuai,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Norhizam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana ‘bertelagah’ dengan penduduk berhubung isu penutupan jalan taman dan serbuan di sebuah stor simpanan baja subsidi sekali lagi menarik perhatian warganet dengan penampilannya pada program tersebut.

Menerusi gambar yang tular itu, beliau kelihatan memakai seluar paras lutut dan baju T hitam sambil berjalan bersama Chee Leong pada program itu menjelang sambutan Tahun Baharu Cina di Jonker Street.

Katanya, walaupun menolak untuk menyertai acara itu, Norhizam berkata, dia akhirnya akur untuk menyertai program bertemu rakyat itu setelah dimaklumkan oleh Chee Leong bahawa pakaiannya lebih santai, lebih baik dan mesra rakyat.

“Saya hanya bergambar sekejap, bersalaman dengan penduduk tetapi tidak naik atas pentas program tetapi saya digambarkan sebagai tidak menghormati majlis dan sambutan perayaan kaum lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×