Noor Ehsanuddin hadapi lima pertuduhan - Utusan Malaysia

Noor Ehsanuddin hadapi lima pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 14 Feb. – Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan rasuah.

Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid
Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid 

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Rozilah Salleh.

Bagi tiga pertuduhan pertama, tertuduh didakwa sebagai
penjawat awam, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Felda yang bertugas di agensi itu telah menerima suatu benda berharga berupa bayaran ansuran kenderaannya dan isteri Datin Zubaidah Kasim berjumlah melalui cek dan wang tunai sebanyak RM5,343 daripada Karya Hidayah Sdn. Bhd. yang mana tertuduh mengetahui ada hubungan dengan tugas rasminya. 

Perbuatan tersebut dilakukan di BMWMB Auto Garage, No. 1, Lingkaran Tengah, Kampung Pandan (KIS), Jalan Ulu Klang antara 10 Januari 2014 hingga 8 Disember 2015.

Beliau turut dituduh sebagai
penjawat awam, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Felda yang bertugas di agensi sama telah menerima suatu benda berharga iaitu yuran guaman bernilai RM6,430.40 bagi pembelian Lot 5,876, Kota Tinggi, Johor daripada Karya Hidayah Sdn. Bhd. yang mana tertuduh mengetahui ada hubungan dengan tugas rasminya.

Perbuatan tersebut dilakukan di Marina Mohamed Associates di No. 5-1, Jalan Putra Mahkota, Subang Jaya pada 27 Februari 2014.

Manakala pertuduhan terakhir pula, tertuduh sebagai
penjawat awam, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Felda yang bertugas di agensi sama menerima suatu benda berharga iaitu cek bernilai RM640 bagi penyelengaraan kenderaan milik isterinya daripada Karya Hidayah Sdn. Bhd. yang mana tertuduh mengetahui ada hubungan dengan tugas rasminya. 

Perbuatan tersebut dilakukan di Perkhidmatan Tayar dan Bateri Shuan Heng di 2, Jalan Industri 3, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, Klang pada 25 Oktober 2015.

Kesemua pertuduhan yang kendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hazirah Azeman dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Hazirah mencadangkan kepada mahkamah agar jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dikemukakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN