Noor Ehsanuddin hadapi 14 pertuduhan - Utusan Malaysia

Noor Ehsanuddin hadapi 14 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan rasuah.

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Berdasarkan kesemua pertuduhan yang dikemukakan, tertuduh didakwa sebagai
penjawat awam, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Felda yang bertugas di agensi itu telah menerima bayaran ansuran kenderaan bernilai RM23,540.68 melalui cek daripada Karya Hidayah Sdn. Bhd. yang mana tertuduh mengetahui ada hubungan dengan tugas rasminya. 

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad Cawangan Taman Maluri, Jalan Mahkota di sini antara 10 Februari 2014 hingga 9 November 2015.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin selain mencadangkan tertuduh perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran sekali sebulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Ahad lalu, Noor Ehsanuddin turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas dua pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM50,000 serta sebidang tanah bernilai RM180,000. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×