Nishikori kembali cergas - Utusan Malaysia

Nishikori kembali cergas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROTTERDAM 11 Feb. – Jaguh tenis Jepun, Kei Nishikori mengakui dia kini sudah kembali 100 peratus cergas selepas mengalami kecederaan lutut kanan ketika menarik diri pada suku akhir Terbuka Australia, bulan lalu.

Pemain berusia 29 tahun yang tidak pernah sunyi daripada kecederaan itu berkata, dia sudah bersedia untuk meraih gelaran keduanya, tahun ini, di sini selepas menjuarai kejohanan di Brisbane pada Januari.

“Saya rasa sudah baik sekarang. Ia mungkin mengambil masa seminggu lagi untuk mencapai ke tahap tersebut, namun, secara fizikalnya semuanya nampak bagus. Saya turun berlatih di Florida, minggu lepas, tanpa sebarang masalah.

“Sudah pasti ia satu cabaran buat saya di sini,” kata pemain ranking No. 7 dunia itu yang diletakkan sebagai pilihan pertama pada Terbuka Rotterdam yang turut disertai pemain ternama lain.

Nishikori yang tewas kepada Novak Djokovic di Melbourne dijadualkan membuka kempen di sini dengan bertemu pemain Perancis, Pierre-Hugues Herbert yang baharu sahaja muncul naib juara di Montpellier, semalam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN