Nicol ada perancangan untuk skuasy negara - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Nicol ada perancangan untuk skuasy negara – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau telah bertemu dengan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David bagi membincangkan beberapa pelan perancangan berkenaan sukan itu, beberapa minggu lalu.

Bekas pemain No.1 dunia selama 109 bulan (2006-2015) itu dijangka mengumumkan perancangannya tidak lama lagi. Me­nurut Syed Saddiq, sebagai menghormati ratu skuasy tersebut, pihaknya akan menunggu Nicol sendiri mengumumkan tentang pelan perancangannya itu.

“Beliau adalah wirawati kebangsaan kita. Saya pengikutnya sejak kecil lagi dan beliau sentiasa menjadi contoh ikon Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin khidmat baktinya kepada negara tidak akan terhenti memandangkan beliau telah menghubungi saya memaklumkan beberapa perancangan untuk sukan ini. Saya rasa biar kita izinkan beliau umumkan sendiri kerana ia sesuatu yang menarik.

“Cuma dari pihak KBS saya sudah mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk teruskan apa yang dicadangkan kerana ia sesuatu yang penting daripadanya,” kata Syed Saddiq kepada pemberita di sini, hari ini.

Pemain berusia 35 tahun itu, antara atlet berprofil tinggi yang telah mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia lebih sedekad lalu. Pengumuman persaraan Nicol, dibuat pemain itu menjelang Kejuaraan Dunia di Chicago, Amerika Syarikat bermula 23 hingga 2 Mac ini.

Atlet kelahiran Pulau Pinang itu mengakhiri kerjayanya de­ngan 81 gelaran PSA daripada 102 perlawanan akhir. Pengumuman yang dibuat Nicol, hari ini, menerusi media sosial telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan atlet yang mendoakan kejayaannya pada masa akan datang.

Perjuangan Nicol meletakkan nama Malaysia di mata dunia tidak sia-sia apabila gelanggang utama di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil diabadikan sempena namanya sebagai mengenang pencapaiannya iaitu Arena Nicol David pada 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×