Nga Kor Ming pertahan ADUN Tronoh - Utusan Malaysia

Nga Kor Ming pertahan ADUN Tronoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mempertahankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang didakwa memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Akamai, Amerika Syarikat yang diragui.

Kata Nga, isu yang ditimbulkan oleh Presiden MCA disifatkan sebagai ketandusan idea politik kerana Yong yang juga bendahari parti itu sememangnya memperoleh MBA secara sah menerusi lulus peperiksaan, cumanya ketika itu universiti berkenaan belum mendapat pengiktirafan secara rasmi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Datuk Seri Wee Ka Siong ketandusan idea dan sebab itulah dia ungkitkan perkara yang tidak benar. Dia patut minta maaf apabila mengeluarkan tohmahan mengatakan ahli exco itu miliki ijazah sarjana palsu.

“Kita tahu banyak universiti tersohor di dunia ini termasuk dari Taiwan dan China yang memang berkelayakan tapi tidak ada pengiktirafan daripada MQA,” katanya kepada Bernama.

Nga yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang diadakan di perkarangan Menara Condong Teluk Intan di sini malam tadi. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN