JOHOR BAHRU 27 Feb. – Tsunami yang melanda Pataya, Thailand pada 2004 telah menjadi inspirasi seorang bekas cef eksekutif di beberapa buah hotel dan resort memperkenalkan menu nasi goreng tsunami di restorannya di Taman Universiti di sini. Mohd. Ali Imran Alias, 38, lepasan Diploma Kulinari Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) berkata, menu yang menjadi signature dish atau juadah identiti restorannya kini menjadi pilihan ramai pelanggan yang ingin mencuba nasi goreng dibanjiri…










