Napoli kehilangan Albiol - Utusan Malaysia

Napoli kehilangan Albiol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 13 Feb. – Napoli menerima tamparan hebat apabila tonggak pertahanan, Raul Albiol terpaksa menjalani pembedahan lutut di London, kata kelab Serie A itu.

“Raul Albiol menjalani pembedahan untuk membersihkan tendon patellar di lutut kirinya di Hosiptal Princess Grace dekat London.

“Pembedahan berlangsung dengan jayanya, dalam beberapa hari dia akan diperiksa semula,” kata Napoli.

Albiol memenangi Piala Dunia 2010 serta dua Kejohanan Eropah (Euro) bersama Sepanyol akan diketepikan sekurang-kurangnya sebulan.

Ketiadaan pertahanan berusia 33 tahun itu pastinya memberi kesukaran kepada Napoli yang kini berada di tangga kedua liga, ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Juventus.

Napoli juga akan beraksi dalam kempen Liga Europa menentang Zurich pada Khamis ini selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

Albiol menyertai Napoli pada 2013 dari Real Madrid selepas dia menjuarai La Liga pada tahun sebelumnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN