Najib kena serbu di Semenyih - Utusan Malaysia

Najib kena serbu di Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH 13 Feb. – Kalau dilihat betapa sesaknya keadaan di Tesco Semenyih ekoran orang ramai yang hadir menggerumuni bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, benarlah kata beliau , “saya pencuri hati rakyat.”

Itu juga reaksi ringkas Najib sebagai membalas dakwaan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengatakan beliau seorang pencuri.

Jelas Najib, beliau juga tidak menjangkakan sambutan yang begitu luar biasa di pusat beli belah berkenaan sedangkan kehadirannya itu adalah untuk membeli beberapa barangan keperluan dapur.

“Saya diminta oleh pimpinan tempatan untuk buat lawatan membeli-belah sambil meninjau keadaan di sini.

“Saya tak sangka sambutan yang luar biasa dan satu suasana yang amat tidak saya jangka menunjukkan bahawa rakyat memang nak dekat dengan saya. Sebagai pemimpin, mudah-mudahan ia diterjemahkan dalam bentuk sokongan.

“Jika saya menerima undangan, InsyaAllah saya akan turun Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih kelak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli-belah di Tesco Semenyih, di sini malam ini.

Kehadiran beliau kira-kira pukul 8.30 malam itu disambut oleh ratusan pengunjung yang turut hadir ke pusat beli-belah berkenaan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai harga barang setelah meninjau pusat beli-belah berkenaan, beliau tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar kerana terlampau ramai pengunjung yang menggerumuni beliau.

“Saya dapat beli, tapi tidak dapat buat tinjauan kerana terlalu ramai kerumun keliling saya, jadi saya tidak dapat buat tinjauan sebenarnya. 

“Tapi komen-komen daripada orang ramai, mereka mengeluhlah barang naik, katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×