KUALA LUMPUR 6 Feb. – Selepas dikritik hebat oleh pelbagai pihak kononnya menjadikan sekolah Cina sebagai ‘anak emas’ dengan pemberian beberapa peruntukan penyelenggaraan, Kementerian Pendidikan tampil memberi penjelasan. Dalam kenyataan semalam, Kementerian Pendidikan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihaknya hanya memberi penekanan kepada pembangunan sekolah Cina dan mengabaikan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. “Dalam kes yang dipertikaikan beberapa pihak, peruntukan penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang diumumkan oleh Timbalan Menteri…










