Mujahid digesa campur tangan - Utusan Malaysia

Mujahid digesa campur tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 13 Feb. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof digesa untuk mengambil tindakan segera dengan membatalkan tayangan teater ‘Love In Georgetown City’ yang dijadual ditayangkan di PenangPac di sini bermula esok hingga 17 Februari ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, tindakan itu jika dilakukan adalah sejajar dengan bantahan dan laporan polis yang dibuat oleh orang ramai.

“Pemuda UMNO Nibong Tebal berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kononnya meletakkan konsep ‘Rahmatan Lil A’lamin’ agar peka dan mengambil tindakan segera membatalkan tayangan teater ini.

“Tayangan ini juga perlu dibatalkan kerana bertentangan dengan agama dan sosio-budaya masyarakat di negara ini,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, pengguna di dalam media sosial dikejutkan dengan poster sebuah teater yang bertajuk ‘Sex In Georgetown City’ yang akan dipentaskan di Pentas 2 Penangpac, Straits Quay di Tanjung Tokong di sini.

Selepas mendapat kecaman dan bantahan daripada pelbagai pihak pengarah teater itu, Fa Abdul tampil memohon maaf dan menukar tajuk teater tersebut kepada Love in Georgetown City. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×