HULU LANGAT 16 Feb. – Perbezaan fahaman politik tidak menghalang dua pemimpin utama dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk beramah mesra sesama mereka.
Dalam kehangatan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi BN meluangkan sedikit masa bertegur sapa dan bersalaman di antara satu sama lain.
Kedua-dua pemimpin tersebut dilihat sangat mesra malah Mohamad turut didengari bertanyakan tahap kesihatan terkini Muhyiddin.
Muhyiddin yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas yang dikesan pada peringkat awal selain turut menjalani rawatan kemoterapi tahun lalu. – UTUSAN ONLINE










