Mufti puji solat dalam Komuter - Utusan Malaysia

Mufti puji solat dalam Komuter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 FEB. – MUFTI Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memuji sekumpulan lelaki yang menunaikan solat subuh secara berjemaah di dalam kereta api Komuter dan menganggap itu merupakan satu perkembangan yang sihat.

Menurut beliau, kesungguhan lelaki-lelaki terbabit menunaikan tanggungjawab ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di awal pagi walaupun dalam keadaan tidak selesa sepatutnya dicontohi oleh umat Islam lain.

Jelas Mohamad Shukri, tindakan mereka itu tidak salah kerana solat di dalam kendera­an sedang bergerak sa­ma ada kereta api atau kapal terbang adalah dibolehkan.

“Pada awalnya, jika kita tahu, cari arah kiblat dahulu. Selepas itu, boleh teruskan solat walaupun kereta api bergerak dan arah kiblat sudah bertukar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular gambar-gambar menunjukkan sekumpulan lelaki yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja sedang menunaikan solat subuh secara berjemaah di dalam kereta api Komuter.

Tindakan mereka itu bagaimanapun mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN