PUTRAJAYA 8 Feb.- Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di perkampungan Orang Asli di Sungai Tiang, Royal Belum pada 25 Januari lalu. Menurut Kenyataan MPSepang, objektif utama program itu ialah untuk memberi sumbangan berupa barang kelengkapan persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis dan makanan kepada kanak-kanak Orang Asli. “Selain kelengkapan sekolah, pihak kami turut menyerahkan pelbagai barangan terpakai yang dikumpul daripada kakitangan MPSepang untuk masyarakat…










