KUALA LUMPUR 12 Feb.- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjadi tuan rumah pertama siri jelajah Karnival 3W (Women, Welfare and Wellness) dan Hari Tanpa Kenderaan MPAJ 2019 yang melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri Selangor.
Program yang berlangsung di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, kelmarin dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pertandingan slim, forum sihat Selangor dan 10 ribu langkah.
Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad memberitahu, MPAJ bertuah keran terpilih menjadi tuan rumah pertama karnival yang bertemakan Sambutan Hari Kanser Sedunia itu.
Beliau berkata, penganjuran itu diharap mencapai matlmatnya selain memberi peluang orang ramai berkumpul dalam acara komuniti setempat.
“Kemuncak program di sebelah malam pula menampilkan selebriti dengan persembahan memukau dan seterusnya penyampaian hadiah kepada semua pemenang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE










