MUNICH 16 Feb.- Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf ketua pembangkang, Juan Guaido sebagai President Venezuela.
Pence membuat gesaan itu ketika berucap dalam persidangan keselamatan di Munich.
“Kita semua harus bersama-sama dengan rakyat venezuela sehingga kebebasan dan demokrasi mereka dikembalikan.
“Hari ini, kita menggesa EU campur tangan, mengiktiraf Juan Guaido sebagai Presiden Venezuela,” katanya.-AFP










