MFP mampu tarik pelaburan RM1.3 bilion - Utusan Malaysia

MFP mampu tarik pelaburan RM1.3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 Feb. – Muar Furniture Park (MFP), hab perabot bersepadu pertama di negara ini yang dibangunkan Johor Corporation (JCorp) di Bakri, Muar, diyakini mampu menarik pelaburan bernilai RM1.3 bilion apabila siap pada tahun 2023.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, keyakinan itu bersandarkan perjanjian jual beli yang ditandatangani kini mencapai 60 peratus terdiri daripada kebanyakkannya pengusaha perabot tempatan di daerah Muar.

“Pada masa ini, para pelabur tersebut juga telah menandatangani perjanjian jual beli dan menjelaskan bayaran deposit membabitkan 114 plot tanah industri dengan keluasan 122 hektar di MFP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kamaruzzaman berkata, menerusi jualan lot industri hab perabot itu turut memberikan keyakinan dan impak positif kepada institusi kewangan untuk menyediakan kemudahan pinjaman kepada pembeli dan usahawan di sana.

Projek MFP diusahakan JCorp di atas tapak seluas 399 hektar di Bakri, Muar mula dibangunkan pada suku ketiga tahun lalu dan dijangka memulakan operasi sepenuhnya tahun 2023, selain lot industri, bakal dilengkapi kemudahan infrastruktur, hostel pekerja dan menempatkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang diuruskan oleh Malaysian Timber Industry Board (MTIB). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×