Messi halang Barcelona dapatkan Rabiot - Utusan Malaysia

Messi halang Barcelona dapatkan Rabiot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 16 Feb. – Lionel Messi meminta Barcelona untuk tidak mendapatkan khidmat pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG) Adrien Rabiot.

Bintang Argentina itu berpendapat pemain Perancis itu tidak sesuai dengan sistem permainan di Nou Camp sambil menyifatkan pemain itu sebagai yang mementingkan diri sendiri.

Barcelona pada mulanya berminat untuk mendapatkan Rabiot, Januari lalu tetapi ditangguhkan kerana nilai perpindahan yang diletakkan terlalu tinggi.

Menurut satu laporan, pemain tengah itu memiliki senarai kemahuan yang perlu dipenuhi menyebabkan Barcelona memutuskan untuk mendapatkan khidmat Frenkie De Jong.

Rabiot dilaporkan menuntut bonus 20 juta euro (RM92.28 juta) sebagai bonus perpindahan sebagai tambahan kepada pakej perpindahan selain posisi tetap dalam kesebelasan utama.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN