Messi catat hatrik ke-50 - Utusan Malaysia

Messi catat hatrik ke-50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE 24 Feb. – Lionel Messi meledakkan hatrik ke-50 dalam kariernya ketika membantu Barcelona membenam Sevilla 4-2 dan kemenangan itu semakin mencerahkan laluan bagi mempertahankan gelaran La Liga.

Tatkala Messi menjaringkan 11 gol dalam sembilan perlawanan, masalah ketegangan otot menyaksikan bintang Argentina itu sekadar mele­dakkan satu gol dalam empat perlawanan terakhir yang memberi petanda dia mungkin sudah terlalu keletihan.

Begitupun, Messi kembali ke tahap terbaik apabila menjaringkan hatrik untuk Barcelona sekali gus menyertai bekas pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo sebagai penjaring hatrik terbanyak di Sepanyol.

Barca hanya menang satu daripada lima perlawanan, bulan ini, tetapi selepas kemenangan di Stadium Sanchez Pizjuan, Messi optimis Barca mampu merangkul gelaran ‘trebel’ dengan menjulang La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara.

“Hari ini, kami menjadi diri sebenar dan mempamerkan prestasi hebat. Kami melalui tempoh secara jujurnya bukanlah aksi kami yang sebenar, jadi sukar untuk menja­ringkan gol. Kami mempunyai saat berbeza dalam semusim dan tidak selalunya dapat beraksi pada tahap tertinggi tetapi selepas mendapat rentak, semuanya kembali sediakala.

“Memang sukar menang di sini, kami tahu suasana di stadium ini dan betapa bagusnya pemain Sevilla. Mereka menyu­karkan kami dengan mendahului perlawanan tetapi kami tahu cara mengatasinya,” katanya kepada pemberita. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN