Menteri Kemboja bertemu 47 rakyat Malaysia yang ditahan - Utusan Malaysia

Menteri Kemboja bertemu 47 rakyat Malaysia yang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan telah berjumpa dengan semua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara di Poi Pet, kira-kira 446 kilometer dari Phnom Penh ibu negara Kemboja, bagi melihat sendiri masalah mereka.

Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, dalam pertemuan itu semalam, Othsman telah mendengar keluhan dan kesusahan mereka serta sedia membantu sebarang keperluan sepanjang berada dalam tahanan.

“Menurut Othsman, hasil lawatan tersebut beliau dimaklumkan mereka semua terpedaya dengan tawaran kerja di hotel-hotel di kawasan pelancongan Siem Reap. Tetapi apabila mereka tiba di sini ejen pekerjaan berkenaan telah mengambil pasport dan telefon bimbit yang menyebabkan kesemua mereka terputus hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan,” katanya kepada Bernama dari Phnom Penh.

Mustapha berkata, Othsman telah bersetuju untuk membawa perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Hun Sen dalam masa terdekat, selain berjanji akan cuba menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin.

Selain itu, katanya, Othsman turut menyatakan penghargaannya kepada pihak NGO Antarabangsa yang sentiasa berhubung dengannya untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Khamis lepas, Wisma Putra mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu di Poi Pet, sejak 11 Disemnber tahun lalu.

Menurut Wisma Putra, mereka ditahan atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN