KUALA LUMPUR 7 Feb. – MCA sedia bekerjasama dengan Pas dalam isu-isu membabitkan kepentingan negara dan berhenti daripada memainkan soal perkauman yang memecahbelahkan rakyat. Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, partinya akan meyakinkan UMNO dan Pas agar sama-sama memberi tumpuan kepada hal kepentingan negara serta rakyat dan bukan mengeksploitasikan perbezaan kaum atau agama. Beliau mahu mengelakkan MCA daripada berperangai seperti DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang…










