MBSB Group catat keuntungan - Utusan Malaysia

MBSB Group catat keuntungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – MBSB Group mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM642.40 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 meningkat 54 peratus berbanding RM417.13 juta bagi tempoh sama 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Group, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, prestasi positif itu dibantu rosot nilai yang lebih rendah yang mampu menimbal balik (offset) perbelanjaan operasi yang tinggi.

Menurut beliau, kumpulan merekodkan pendapatan sebanyak RM3.15 bilion tahun lalu dengan pendapatan suku keempat sebanyak RM750.35 juta.

“Margin untung bersih kumpulan berada pada 3.06 peratus pada tahun kewangan 2018 yang mana sebahagian besar disumbangkan oleh pembiayaan peribadi, korporat dan portfolio pasaran global. Sebanyak 95 peratus pendapatan 2018 datangnya daripada perniagaan sedia ada dan bakinya menerusi penawaran baharu.

“Ini selari dengan jangkaan kami yang telah memberi tumpuan terhadap masa dan sumber dalam membina infrastruktur perbankan. Usaha ini membolehkan syarikat meningkatkan keupayaan baharu antaranya perbankan internet untuk sektor korporat dan runcit, SWIFT dan RENTAS serta mesin pengeluaran wang automatik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zaini, pinjaman dan pembiayaan kasar meningkat daripada RM34.20 bilion kepada RM35.17 bilion pada tahun kewangan 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN