KUALA LUMPUR – MBSB Group mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM642.40 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 meningkat 54 peratus berbanding RM417.13 juta bagi tempoh sama 2017. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Group, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, prestasi positif itu dibantu rosot nilai yang lebih rendah yang mampu menimbal balik (offset) perbelanjaan operasi yang tinggi. Menurut beliau, kumpulan merekodkan pendapatan sebanyak RM3.15 bilion tahun lalu dengan pendapatan suku keempat sebanyak RM750.35 juta. “Margin untung bersih kumpulan berada pada 3.06 peratus pada tahun kewangan 2018…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya