MBSA antara pilihan pelabur - Utusan Malaysia

MBSA antara pilihan pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 4 Feb. – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dipilih sebagai antara lokasi terbaik pilihan pelabur bagi kategori pihak berkuasa tempatan (PBT) sempena Anugerah Penghargaan Pelabur Selangor 2018 anjuran Invest Selangor Berhad dan Kelab Rekreasi Invest Selangor (KRIS).

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, anugerah tersebut dapat memberikan imej positif dan menarik lebih banyak pelabur berpotensi serta pihak-pihak berkepentingan untuk melabur.

Menurutnya, bandar raya ini boleh dianggap antara kawasan industri berat utama negara melibatkan automotif dan komponen.

“Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan kerana ia menunjukkan Shah Alam masih lagi merupakan antara lokasi pilihan para pelabur dari dalam mahupun luar negara untuk menanam modal di kawasan pentadbiran MBSA,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Besar, Amirudin Shari kepada Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan dalam satu majlis di sini, baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN