PUTRAJAYA 27 Feb. – Program My Best Buy (MBB) 2.0 dan jualan terus dari ladang bakal diperluaskan ke 33 lokasi baharu seluruh negara pada tahun ini. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, antara lokasi baharu yang akan ditembusi adalah di institut pengajian tinggi, pejabat kerajaan, projek perumahan rakyat serta kawasan perumahan. “Pengguna dapat menikmati jualan istimewa produk sayur-sayuran dan buah-buahan termasuk ikan segar…










