Mayat reput ditemui di dalam rumah - Utusan Malaysia

Mayat reput ditemui di dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemui di dalam sebuah rumah di Taman Damai, Ayer Tawar di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7 malam itu , mangsa, Lau Pic Kong, 47, dipercayai meninggal dunia akibat masalah organ dalaman.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, adik mangsa telah membuat laporan kepada pihak polis selepas tidak dapat menghubungi mangsa dan dia mengesyaki mangsa berada di dalam rumah.

“Anggota bergegas ke rumah tersebut dan mengetuk pintu beberapa kali, namun tiada jawapan.

“Pintu rumah berkenaan terpaksa dipecahkan dan anggota menjumpai satu mayat terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik rumah itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Muhammad Hanif, pemeriksaan awal di tempat kejadian tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah dan keadaan bilik tidak mengambarkan sebarang kesan pergelutan atau berselerak.

“Selain itu, terdapat selonggok ubat-ubatan di sebelah mangsa dan adik mangsa menyatakan abangnya itu memang tinggal bersendirian di rumah tersebut.

“Hasil bedah siasat yang telah dijalankan, mendapati punca kematian disebabkan mayat mereput disyaki masalah organ dalaman,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN