KULAI 7 Feb. – Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan terapung-apung dalam kolam tadahan air tapak pembinaan di Jalan Sri Putri, Taman Sri Putri, Johor Bahru, semalam. Mangsa, Mohd. Zahid Irfan, 10, sebelum ini hilang sejak petang kelmarin sebelum ibunya, 35, membuat laporan polis pagi semalam selepas mendapati anaknya tidak pulang ke rumah. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suri rumah itu mendakwa anaknya keluar bermain kira-kira pukul…










