Maut motosikal langgar kenderaan pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Maut motosikal langgar kenderaan pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Besar Mantin berhampiran Taman Bunga Raya dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 9.15 malam itu ialah S. Ramadas, 47, yang beralamat di Taman Medang, Mantin.

“Kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal jenis Honda Scooter dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

“Motosikal itu ditunggang oleh mangsa, manakala Ford Ranger itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 28 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Nor Marzukee berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku semasa motosikal ditunggang mangsa memasuki laluan bertentangan untuk memotong sebuah kenderaan lain.

Menurut beliau, motosikal itu kemudian berlanggar dengan sebuah Ford Ranger yang sedang bergerak di laluan bertentangan menyebabkan mangsa cedera parah pada kepala dan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Sek 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN