NILAI – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Besar Mantin berhampiran Taman Bunga Raya dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 9.15 malam itu ialah S. Ramadas, 47, yang beralamat di Taman Medang, Mantin. “Kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal jenis Honda Scooter dan sebuah kenderaan pacuan empat roda…










