Maut motosikal dilanggar kenderaan pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Maut motosikal dilanggar kenderaan pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 7 Feb. – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Besar Mantin berhampiran Taman Bunga Raya, Nilai dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu mangsa, S. Ramadas, 47, meninggal dunia di lokasi kemalangan. 

“Kejadian dipercayai berlaku selepas motosikal jenis Honda Scooter ditunggang mangsa memasuki laluan bertentangan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain.

“Motosikal itu kemudian berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dipandu lelaki berusia 28 tahun yang datang dari laluan bertentangan. Mangsa cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Mohd. Nor Marzukee berkata, mayat mangsa yang beralamat di Taman Medang, Mantin dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN