SEREMBAN 7 Feb. – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Besar Mantin berhampiran Taman Bunga Raya, Nilai dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu mangsa, S. Ramadas, 47, meninggal dunia di lokasi kemalangan. “Kejadian dipercayai berlaku selepas motosikal jenis Honda Scooter ditunggang mangsa memasuki laluan bertentangan…










