Marzuki kekal sebagai Setiausaha Agung PPBM - Utusan Malaysia

Marzuki kekal sebagai Setiausaha Agung PPBM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya kekal sebagai Setiausaha Agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun berdepan dengan kontroversi ijazahnya didakwa palsu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Marzuki sudah memberikan penjelasan yang lengkap tentang isu tersebut.

“Kami sudah berbincang dan dia sudah menjelaskan hakikat sebenar walaupun mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut.

“Pakatan Harapan khususnya Bersatu memegang teguh pada integriti serta kejujuran dan jawatan beliau dalam PPBM akan dikekalkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri ke Batalion 4, Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Muhyiddin menambah, Marzuki sudah keluarkan kenyataan menyatakan bahawa beliau tidak pernah kata sijil ijazahnya daripada Universiti Cambridge di Britain tetapi di Amerika  Syarikat namun ada yang putar belitkan perkara itu.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Marzuki akan menyerahkan nasibnya kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kepimpinan PPBM selepas didakwa memalsukan ijazahnya.

Dalam perkembangan lain, proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Semenyih akan dilakukan pada hari ini atau esok.

Calon yang ditetapkan akan diumumkan pada 14 Februari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN