LONDON 21 Feb. – Bintang Manchester United, Anthony Martial membuat permohonan maaf kepada tunangnya, Melanie da Cruz selepas dia didakwa terbabit dalam skandal seks dengan seorang model Perancis ketika teman wanitanya itu berbadan dua.
Martial telah memuat naik gambarnya dalam Instagram bersama tunangnya. Pemain itu turut menyertakan kapsyen pada gambar tersebut: ‘Saya mahu memohon maaf kepada saudara saya, keluarga saya, khususnya tunangan saya di atas kecurangan yang saya lakukan beberapa bulan lalu! Saya telah melakukan kesilapan dan saya mohon maaf, ia tidak akan berlaku lagi!’.
Difahamkan Martial saling berbalas mesej dengan model Malika Semichi sewaktu Da Cruz mengandung lapan bulan selepas mereka bertemu di sebuah kelab malam dekat Perancis.
Menurut laporan Daily Star Sunday, Martial didakwa telah meniduri model berusia 20 tahun itu di sebuah hotel dekat Paris. Disember lalu, Martial pernah menafikan tuduhan curang yang dilemparkan terhadapnya menerusi media sosial. – AGENSI











