JOHOR BAHRU 27 Feb. – Sebanyak 3,300 ekor labi-labi yang cuba diseludup masuk ke negara ini dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhampiran Tanjung Tohor di Muar awal pagi ini. Difahamkan, labi-labi itu diseludup dari negara jiran sebelum bertukar tangan kepada rakyat tempatan dipercayai transaksi itu dijalankan di sempadan perairan kedua-dua negara. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim, Mohammad Othman berkata, labi-labi yang disimpan dalam tujuh bungkusan yang…










