Marcelo sedia tinggalkan Madrid - Utusan Malaysia

Marcelo sedia tinggalkan Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 12 Feb. – Pertahanan kiri Real Madrid, Marcelo bersedia untuk meninggalkan kelab itu sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan tetapi optimis akan terus kekal di Santiago Bernabeu.

Bintang Brazil itu mengharungi saat mencabar apabila hanya tampil dalam 12 daripada 23 aksi La Liga musim ini.

Sergio Reguilon dilihat menjadi pilihan utama di posisi itu dengan pemain daripada akademi remaja Madrid itu sentiasa mendapat tempat dalam skuad kendalian Santiago Solari.

Walaupun sering dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus, namun Marcelo tidak berhasrat untuk meninggalkan kelab itu tetapi bersedia untuk berhijrah sekiranya tidak diperlukan.

“Sekiranya saya berada dalam senarai pemain yang ingin dilepaskan, mereka hanya perlu beritahu dan saya akan selesaikan.

“Saya yakin dengan kerja yang saya lakukan tetapi apabila sampai masanya Madrid mahu saya pergi, saya akan pergi. Memang sangat menyedihkan tetapi saya akan pergi tetapi saya pasti saya tidak akan disingkirkan,” kata pemain berusia 30 tahun itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN