SEMENYIH 28 Feb. – Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, sudah mula ditunaikan secara berperingkat, kata Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata beliau faham bahawa rakyat tidak sabar menunggu dan mahukan segala janji diselesaikan segera, namun beliau meminta rakyat bersabar. Beliau berkata adalah tidak wajar untuk rakyat menghakimi kerajaan yang baharu sembilan bulan mengambil alih pemerintahan…










