JOHOR BAHRU 7 Feb. – Seramai 16 ahli kumpulan kongsi gelap termasuk ketuanya berjaya ditahan selepas seorang ahli perniagaan warganegara tempatan yang diculik dibebaskan hujung bulan lalu sejurus wang tebusan lebih RM1 juta dibayar. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kesemua suspek terdiri daripada 13 lelaki dan tiga perempuan berusia 21 hingga 59 tahun ditahan sekitar bandar raya ini bermula dari tarikh mangsa yang berusia 57 tahun…










