KUALA LUMPUR 7 Feb. – Malaysia berada dalam senarai pendek calon tuan rumah Piala Dunia hoki lelaki 2022, demikian disahkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), hari ini. Selain Malaysia, negara lain yang menunjukkan minat membida hak penganjuran Piala Dunia lelaki itu ialah Jerman, Sepanyol dan India. Malaysia, Jerman dan Sepanyol memilih 1 hingga 17 Julai 2022 sebagai tarikh penganjuran Piala Dunia 2022 manakala India memilih 13 hingga 29 Januari 2023.…










