Malaysia punyai keupayaan bayar balik Bon Panda - Utusan Malaysia

Malaysia punyai keupayaan bayar balik Bon Panda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 22 Feb.–Malaysia bukan sebuah negara bankrap dan mempunyai keupayaan untuk membayar balik Bon Panda sekiranya kerajaan bersetuju untuk menerbitkannya, kata Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn. Bhd., Kenny Yee.

Beliau berkata, pin­jaman seum­pama itu, termasuk Bon Samurai, akan menyediakan pelbagai kesan kepada ekonomi Malaysia yang sete­rusnya membolehkan negara berkembang dan membayar balik pinjaman.

KENNY YEE
KENNY YEE

“Selagi ekonomi kita rancak kembali (berkembang), sudah pastinya ada keupayaan. Seharusnya tidak ada sebarang masalah.

“Kita tidak tahu termanya lagi… (tetapi) asalkan wang (daripada pinjaman) disalurkan dengan betul, saya tak nampak mengapa kita tidak boleh membayar pinjaman,” katanya pada taklimat media mengenai prospek pasaran 2019 di sini hari ini.

Yee berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai sama ada Malaysia harus me­nerima cadangan Bon Panda yang dibuat oleh sebuah bank China memandangkan paras hutang negara yang tinggi ketika ini.

Beliau menjang­ka penggunaan ter­bitan Bon Panda akan lebih cende­rung ke arah sektor pembinaan.

Baru-baru ini, Duta China ke Malaysia, Bai Tian berkata, China Construction Bank mencadangkan terbitan Bon Panda di China bagi Malaysia untuk membantu mengurangkan tekanan kewangan negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, cadangan itu diusulkan kepada beliau dan perdana menteri serta Kabinet telah dimaklumkan, tetapi ia masih dalam perbincangan.

Sementara itu, Bon Samurai 10 tahun 200 bilion yen pertama Malaysia, yang dijamin oleh kerajaan Jepun akan diterbitkan bulan depan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN