PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) — Malaysia hari ini meluahkan rasa bimbangnya terhadap ketegangan terbaharu di antara India dan Pakistan. Dalam kenyataannya di sini, Wisma Putra berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan rapat dan lama dengan kedua-dua negara, Malaysia meminta kedua-duanya agar sedaya-upaya ‘mengawal diri’ serta mengadakan semula dialog dan rundingan. “Seperti kebanyakan negara lain, Malaysia juga mahukan satu keadaan yang aman dan stabil di peringkat antarabangsa,” demikian menurut kenyataan…










