ISLAM menitik beratkan soal pemakanan dan sumber rezeki diperoleh kerana perkara tersebut berkait rapat malah memberi kesan terhadap mereka yang merasai nikmat itu. Makanan bersifat syubhah atau tidak halal dilihat boleh mempengaruhi diri seseorang sama ada daripada sudut sahsiah diri, emosi serta kerohanian, sekali gus menyebabkan kebinasaan terhadap individu tersebut di dunia dan akhirat jika masih tidak bertaubat. Dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa merupakan perantara utama yang membawa masuk rezeki…










