MELAKA – Pemilik Raja Cendol Taming Sari ingin memberikan ganjaran makan cendol durian Musang King secara percuma selama setahun kepada individu yang memuat naik gambar tiga mangkuk cendol durian beserta resit pembelian RM114 sehingga tular pada minggu lalu. Pemilik kedai berkenaan, Muhammad Ariff Qayyum Mohd. Zambri, 25, berkata, pihaknya kini sedang berusaha mengesan individu terbabit bagi menzahirkan ucapan terima kasih kerana perniagaannya semakin maju sejak kejadian tersebut. “Saya amat berharap…