BAITULMUQADDIS 7 Feb. – Mahkamah Tinggi Israel membenarkan dan mengiktiraf pengusiran penduduk Palestin serta merobohkan kediaman mereka di Tebing Barat. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh kumpulan hak asasi B’Tselem, keputusan mahkamah itu membenarkan rejim Zionis meneruskan polisi-polisi haram terhadap penduduk Palestin. Laporan berjudul ‘Keadilan Palsu’ itu menunjukkan bagaimana polisi Israel meminimumkan projek untuk penduduk Palestin, selain meluaskan pembinaan kediaman kepada masyarakat Yahudi. “Bila keadaan terdesak, penduduk Palestin akan membina penempatan…










