Mahkamah arah penahanan Abdulla Yameen - Utusan Malaysia

Mahkamah arah penahanan Abdulla Yameen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALE 18 Feb. – Pihak berkuasa Maldives mengarahkan penahanan bekas Presiden, Abdulla Yameen atas tuduhan pengubahan wang haram.

ABDULLA YAMEEN

Arahan tersebut diumumkan selepas mahkamah memulakan pendengaran awal terhadap tuduhan Abdulla menerima hampir AS$1.5 juta (RM6 juta) dalam bentuk pembayaran tidak sah sebelum beliau tewas dalam pilihan raya pada September lalu.

“Pendakwa raya memaklumkan bahawa Abdulla didakwa cuba menyogok saksi,” kata seorang pegawai mahkamah sambil menambah bekas Presiden itu akan dibawa ke Penjara Dhoonidhoo dekat sini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN