KUALA LUMPUR 27 Feb. – Biarpun dijanjikan penajaan jutaan ringgit daripada sebuah syarikat, namun jaminan kewangan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) masih tidak cukup untuk menyelamatkan Singa Utara dalam Liga Malaysia (Liga M). Menurut sumber dalaman MFL, potensi Perlis untuk kembali dalam Liga Perdana hampir ‘kosong’ atas pelbagai faktor. Bagaimanapun, sumber tersebut enggan mengulas lanjut berhubung faktor yang menggagalkan misi Perlis, sebaliknya hanya menjelaskan jaminan yang diberikan oleh PFA tidak cukup meyakinkan. “Senang cerita, mereka (Perlis) susah hendak masuk (Liga Perdana) sebab macam-macam hal telah berlaku,” ujarnya ringkas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya