Loket emas disangka syiling coklat - Utusan Malaysia

Loket emas disangka syiling coklat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Feb. – Seorang pengesan logam amatur Britain ibarat memenangi loteri apabila menemukan sebentuk loket emas Anglo-Saxon abad ke-6 di kawasan padang berlumpur dekat Kent, baru-baru ini.

Lapor Daily Mail, kepingan emas itu pada mulanya di salah anggap sebagai syiling coklat kerana masih elok namun pakar membuktikan itu adalah sebentuk loket emas lama berusia 1,500 tahun lalu.

Rachel Carter, 41, menjumpai loket emas tersebut di sebuah padang bersama rakannya, Ricky Shubert.

Setelah menunjukkan perhia­san itu kepada Shubert, Carter akhirnya sedar bahawa objek yang ditemukan itu sebenarnya adalah tinggalan sejarah British.

Menurut Carter, apabila pengesan logamnya memberi isyarat yang kuat, dia terus menggali dan mengeluarkan loket tersebut.

“Loket emas yang tertanam pada kedalaman hanya 12 sentimeter itu nampak sempurna dan masih kelihatan baharu.

“Pada awalnya saya sangka ia adalah sampah yang boleh dibuang dan mahu makan coklat di dalamnya sehingga Ricky menyedarkan betapa berharga objek terbabit,” katanya.

Carter mula meminati hobi mencari objek logam semasa menjaga ibunya sebelum me­nemukan loket itu pada Hari Krimas, baru-baru ini.

Penemuan loket tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa Kent yang memutuskan aksesori itu akan dipamerkan di sebuah muzium dan dinamakan sebagai Rachel. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN