LONDON 27 Feb. – Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya, Liverpool tidak memiliki skuad yang bagus untuk merangkul Liga Perdana Inggeris musim ini. Solskjaer memberitahu pemainnya dia tidak gembira sekadar 0-0 dengan Liverpool di Old Trafford, Ahad lalu sedangkan lawan mereka bukanlah pasukan yang hebat. Akhbar The Sun melaporkan, Solskjaer memberitahu pemainnya, Liverpool hanya pandai bermain serangan balas, sukar menembusi benteng lawan menerusi hantaran pendek, selain kurang kreativiti. Jurulatih kelahiran Norway itu juga memberitahu pemainnya, Liverpool sebenarnya tidak mempunyai pasukan sebagus United, biarpun mendahulu Liga Perdana ketika ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya