LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menjelaskan, beliau dan semua pemainnya belum berpuas hati dengan tahap permainan mereka meskipun berjaya kembali berada di puncak Liga Perdana England (EPL) selepas mencatat kemenangan dalam aksi ke-26 musim ini. Ketika beraksi di Anfield kelmarin, The Reds kembali memungut tiga mata penuh selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth hasil jaringan Sadio Mane, Georginio Wijnaldum dan Mohamed Salah. Keputusan tersebut menyaksikan Liverpool kembali merampas…










