CHICAGO 16 Feb. – Seramai lima orang terbunuh manakala beberapa pegawai polis tercedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah kawasan perindustrian, pinggir bandar Chicago.
“Buat masa ini, kami telah mengesahkan lima orang meninggal dunia,” kata ketua polis di Aurora, Illinois, Kristen Ziman.
Suspek yang turut terbunuh, dikenal pasti identitinya sebagai Gary Martin, berusia 45 tahun.
Polis bagaimanapun setakat ini masih belum mengetahui motif serangan tersebut. – AFP










